Buletin Didik

Buletin Didik (dahulunya dikenali sebagai Edisi 7) merupakan rancangan berbentuk berita dan informasi terkini dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Didik TV KPM. Turut dimuatkan adalah perkembangan ekonomi, sukan dan hiburan. Edisi 7 bersiaran setiap Sabtu hingga Khamis pada 1:00 tengah hari, tetapi juga disiarkan pada 7:00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat sebelum waktu siarannya bertukar, berikutan perubahan rancangan di ntv7 pada 5 Mac 2018.Waktu siaran Edisi 7 kembali ke 8:00 malam pada 1 Jun 2018, yang mana sebelum ini ialah waktu siaran sebelum Januari 2007, di mana slot tersebut digunakan oleh 7 Edition. Sebelum ini, Edisi 7 disiarkan pada 5:00 petang yang hanya dapat bertahan selama hampir tiga bulan. Dengan perubahan ini, 7 Edition berpindah ke 11:00 malam. Tetapi, ada bantahan berlaku menyebabkan Edisi 7 tukar siaran pada 2:30 petang pada setiap Sabtu hingga Khamis mulai 17 Jun 2018.Mulai 31 Disember 2018, Edisi 7 disiarkan pada jam 7:30 malam pada setiap hari.Mulai 1 Disember 2020, Edisi 7 disiarkan pada jam 12:00 tengah hari.Mulai 17 Februari 2021, Edisi 7 dinamakan semula sebagai Buletin Didik dan disiarkan pada jam 7:30 malam pada setiap hari.

Buletin Didik

Mengikuti Edisi 7
Bahasa Melayu
Tempoh siaran 30 minit (07.04.1998 - 30.12.2018, 01.12.2020 - kini)
25 minit (31.12.2018-30.11.2020)
Pencipta Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima
Negara asal Malaysia
Siaran asal 7 April 1998 – kini
Format Berita
Penerbit eksekutif Fazilah Hani Harun
Mimi Azeera Abdullah
Mohd Redzuan Abdul Manap
Nor Aziran Yunus
Penerbit Haniza Hanifah
Mimi Azeera Abdullah
Muhammad Farhan Zainal
Nor Aziran Yunus
Nur Halifah Ghani
Format gambar SDTV 480i60 4:3 (07.04.1998 - 14.06.2020)
HDTV 1080i60/1440i60 16:9 (sejak 15.06.2020)
Saluran asal Didik TV KPM
Pengacara Charles Mohan
Fazilah Hani Harun
Hazwan Syah
Midy Saleh
Mimi Azeera Abdullah
Nadia Mohsin
Nur Halifah Ghani
Syafrie Izwan Wahab
Taha Rusydi Mohd Nazri
Zaiti Zubir